Menjalin jari-jemari di dalam masjid

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan An-Nasaie

Kitab :Masjid-masjid - كِتَابُ الْمَسَاجِدِ

Bab :Masjid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَنْبَأَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَعَلْقَمَةُ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ فَقَالَ لَنَا أَصَلَّى هَؤُلَاءِ قُلْنَا لَا قَالَ قُومُوا فَصَلُّوا فَذَهَبْنَا لِنَقُومَ خَلْفَهُ فَجَعَلَ أَحَدَنَا عَنْ يَمِينِهِ وَالْآخَرَ عَنْ شِمَالِهِ فَصَلَّى بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ فَجَعَلَ إِذَا رَكَعَ شَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ وَجَعَلَهَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ وَقَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ

أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَنْبَأَنَا النَّضْرُ قَالَ أَنْبَأَنَا شُعْبَةُ عَنْ سُلَيْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ وَالْأَسْوَدِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ فَذَكَرَ نَحْوَهُ

 

Terjemahan

Ishaq bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami katanya; Isa bin Yunus telah menceritakan kepada kami katanya; Al A'masy telah menceritakan kepada kami daripada Ibrahim daripada Al Aswad katanya; "Aku dan Alqamah pernah datang kepada Abdullah bin Mas'ud, lalu katanya kepada kami, 'Apakah kalian telah solat? ' Kami menjawab, 'Belum'. la berkata lagi, 'Berdirilah dan solatlah'. Lalu kami solat di belakangnya, dan beliau menjadikan salah seorang daripada kami di samping kanannya dan yang lain disamping kirinya. Kemudian ia solat tanpa azan dan iqamah. Setelah ia solat, maka ia menjalin jari jemari tangannya dan meletakkannya di antara dua lututnya. Ia lalu berkata, 'Beginilah dahulu Rasulullah SAWmelakukannya." Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim dia berkata; telah memberitakan kepada kami An-Nadlar dia berkata; Telah memberitakan kepada kami Syu'bah daripada Sulaiman dia berkata; "Saya mendengar Ibrahim daripada AlQamah dan Al Aswad daripada Abdullah dia menyebutkan seperti Hadith diatas.

Hits: 443

Carian Hadith