Mendirikan khemah di dalam masjid

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan An-Nasaie

Kitab :Masjid-masjid - كِتَابُ الْمَسَاجِدِ

Bab :Masjid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

أَخْبَرَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْلَى قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ صَلَّى الصُّبْحَ ثُمَّ دَخَلَ فِي الْمَكَانِ الَّذِي يُرِيدُ أَنْ يَعْتَكِفَ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ فَأَمَرَ فَضُرِبَ لَهُ خِبَاءٌ وَأَمَرَتْ حَفْصَةُ فَضُرِبَ لَهَا خِبَاءٌ فَلَمَّا رَأَتْ زَيْنَبُ خِبَاءَهَا أَمَرَتْ فَضُرِبَ لَهَا خِبَاءٌ فَلَمَّا رَأَى ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آلْبِرَّ تُرِدْنَ فَلَمْ يَعْتَكِفْ فِي رَمَضَانَ وَاعْتَكَفَ عَشْرًا مِنْ شَوَّالٍ

 

Terjemahan

Abu Daud telah menceritakan kepada kami katanya; Ya'la telah menceritakan kepada kami katanya; Yahya bin Sa'id telah menceritakan kepada kami daripada 'Amrah daripada Aisyah katanya, "ketika Rasulullah SAWhendak beri'tikaf maka Baginda mengerjakan solat Subuh, lalu masuk ke tempat yang biasa digunakan untuk ber i'tikaf. Ketika baginda hendak i'tikaf pada sepuluh terakhir di bulan Ramadhan, baginda menyuruh seseorang untuk membuatkan tenda baginya, dan Hafshah juga menyuruh demikian. Keduanya dibuatkan tenda. Ketika Zainab melihat tenda Hafsah, dia minta dibuatkan sebuah khemah untuk dirinya, lalu ia pun dibuatkan juga. Ketika Rasulullah SAWmelihat perkara tersebut, baginda SAWbersabda, 'Apakah kamu semua menghendaki kebaikan? ‘Lalu Rasulullah SAWtidak beri'tikaf di bulan Ramadhan, dan beri'tikaf pada sepuluh hari di bulan Syawal."

 

Hits: 305

Carian Hadith