Bolehkan seseorang yang junub memasukkan tangannya ke dalam air sebelum mencucinya
Matan Hadith
حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمَرْأَةُ مِنْ نِسَائِهِ يَغْتَسِلَانِ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ زَادَ مُسْلِمٌ وَوَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ عَنْ شُعْبَةَ مِنْ الْجَنَابَةِ |
Terjemahan
Abu Al Walid menceritakan kepada kami, Syu'bah menceritakan kepada kami daripada 'Abdullah bin 'Abdullah bin Jabr katanya, aku mendengar Anas bin Malik berkata, "Nabi SAW dan salah seorang daripada isterinya mandi dalam satu bejana." Muslim dan Wahb bin Jarir daripada Syu'bah menambahkan, "Kerana janabah." |