Orang yang mengundang makan di masjid dan orang yang memenuhi undangan tersebut

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ سَمِعَ أَنَسًا قَالَ وَجَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ مَعَهُ نَاسٌ فَقُمْتُ فَقَالَ لِي آرْسَلَكَ أَبُو طَلْحَةَ قُلْتُ نَعَمْ فَقَالَ لِطَعَامٍ قُلْتُ نَعَمْ فَقَالَ لِمَنْ مَعَهُ قُومُوا فَانْطَلَقَ وَانْطَلَقْتُ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ

Terjemahan

'Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Malik daripada Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Thalhah bahawa dia mendengar Anas berkata, "Aku menemui Nabi SAW ketika beliau sedang berada di Masjid bersama orang ramai. Maka aku menghadap beliau, lalu beliau bertanya kepadaku: "Apakah kamu diutus oleh Abu Thalhah?" Aku menjawab, "Ya." Beliau bertanya lagi: "Untuk undangan makan?" Aku menjawab: "Benar." Kemudian beliau bersabda kepada orang-orang yang bersama beliau: "Mari berangkat!" Maka beliau pun berangkat dan aku juga berangkat bersama mereka".
Hits: 460

Carian Hadith