Masalah qiblat dan mereka yang memandang tidak perlu mengulang solat bagi siapa yang telahsolatnamun keliru arah qiblatnya

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَا النَّاسُ بِقُبَاءٍ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ إِذْ جَاءَهُمْ آتٍ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ اللَّيْلَةَ قُرْآنٌ وَقَدْ أُمِرَ أَنْ يَسْتَقْبِلَ الْكَعْبَةَ فَاسْتَقْبِلُوهَا وَكَانَتْ وُجُوهُهُمْ إِلَى الشَّأْمِ فَاسْتَدَارُوا إِلَى الْكَعْبَةِ

Terjemahan

'Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Malik bin Anas telah mengkhabarkan kepada kami daripada 'Abdullah bin Dinar daripada 'Abdullah bin 'Umar berkata, "Ketika orang-orang solat subuh di Quba', tiba-tiba datang seorang laki-laki dan berkata, "Sungguh, malam tadi telah turun ayat kepada Rasulullah SAW , beliau diperintahkan untuk menghadap ke arah Ka'bah. Maka orang-orang yang sedang solat berputar menghadap Ka'bah, padahal pada ketika itu wajah-wajah mereka sedang menghadap negeri Syam. Mereka kemudian berputar ke arah Ka'bah."
Hits: 367

Carian Hadith