Jika seorang wanita mengalami tiga kali masa haid dalam sebulan, apa yang harus dilakukannya dalam masa-masa haid?

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ ابْنُ أَبِي رَجَاءٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ قَالَ سَمِعْتُ هِشَامَ بْنَ عُرْوَةَ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ أَبِي حُبَيْشٍ سَأَلَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ إِنِّي أُسْتَحَاضُ فَلَا أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلَاةَ فَقَالَ لَا إِنَّ ذَلِكِ عِرْقٌ وَلَكِنْ دَعِي الصَّلَاةَ قَدْرَ الْأَيَّامِ الَّتِي كُنْتِ تَحِيضِينَ فِيهَا ثُمَّ اغْتَسِلِي وَصَلِّي

Terjemahan

(BUKHARI - 314) : Ahmad bin Abu Raja' telah menceritakan kepada kami berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah berkata, Aku mendengar Hisyam bin 'Urwah berkata, telah mengkhabarkan kepadaku bapaku daripada 'Aisyah bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Nabi SAW, katanya, "Aku mengeluarkan darah istihadhah (penyakit). Apakah aku tinggalkan solat?" Beliau menjawab: "Jangan, kerana itu hanyalah darah penyakit seperti keringat. Tinggalkanlah solat selama masa haidmu, setelah itu mandi dan kerjakanlah solat."
Hits: 421

Carian Hadith