Wanita haid menghadiri solat dua Hari Raya dan mendengar khutbah dan do'a bagi kaum muslimin namun mereka dijauhkan daripada tempat solat

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ هُوَ ابْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ حَفْصَةَ قَالَتْ كُنَّا نَمْنَعُ عَوَاتِقَنَا أَنْ يَخْرُجْنَ فِي الْعِيدَيْنِ فَقَدِمَتْ امْرَأَةٌ فَنَزَلَتْ قَصْرَ بَنِي خَلَفٍ فَحَدَّثَتْ عَنْ أُخْتِهَا وَكَانَ زَوْجُ أُخْتِهَا غَزَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثِنْتَيْ عَشَرَةَ غَزْوَةً وَكَانَتْ أُخْتِي مَعَهُ فِي سِتٍّ قَالَتْ كُنَّا نُدَاوِي الْكَلْمَى وَنَقُومُ عَلَى الْمَرْضَى فَسَأَلَتْ أُخْتِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعَلَى إِحْدَانَا بَأْسٌ إِذَا لَمْ يَكُنْ لَهَا جِلْبَابٌ أَنْ لَا تَخْرُجَ قَالَ لِتُلْبِسْهَا صَاحِبَتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا وَلْتَشْهَد الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ فَلَمَّا قَدِمَتْ أُمُّ عَطِيَّةَ سَأَلْتُهَا أَسَمِعْتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ بِأَبِي نَعَمْ وَكَانَتْ لَا تَذْكُرُهُ إِلَّا قَالَتْ بِأَبِي سَمِعْتُهُ يَقُولُ يَخْرُجُ الْعَوَاتِقُ وَذَوَاتُ الْخُدُورِ أَوْ الْعَوَاتِقُ ذَوَاتُ الْخُدُورِ وَالْحُيَّضُ وَلْيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُؤْمِنِينَ وَيَعْتَزِلُ الْحُيَّضُ الْمُصَلَّى قَالَتْ حَفْصَةُ فَقُلْتُ الْحُيَّضُ فَقَالَتْ أَلَيْسَ تَشْهَدُ عَرَفَةَ وَكَذَا وَكَذَا

Terjemahan

(BUKHARI - 313): Muhammad telah menceritakan kepada kami -iaitu Ibnu Salam- berkata, telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdul Wahhab daripada Ayyub daripada Hafshah berkata, "Dahulu kami melarang anak-anak gadis remaja kami ikut keluar untuk solatt pada dua hari raya. sehingga suatu hari ada seorang wanita datangi ke desa Qashra Banu Khalaf, wanita itu menceritakan bahawa suami daripada saudara perempuannya pernah ikut berperang bersama Nabi SAWsebanyak dua belas peperangan, ia berkata, 'Saudaraku itu hidup bersama suaminya selama enam tahun.' Ia menceritakan, "Dahulu kami sering mengubati orang-orang yang terluka dan mengurus orang yang sakit.' Saudara perempuanku bertanya kepada Nabi SAW, "Apakah berdosa bila seorang daripada kami tidak keluar (mengikuti solat hari raya) kerana tidak memiliki jilbab?" Beliau menjawab: "Hendaklah kawannya memakaikan jilbab miliknya untuknya (meminjamkan) agar mereka dapat menyaksikan kebaikan dan mendo'akan Kaum Muslimin." Ketika Ummu 'Athiyah tiba aku bertanya kepadanya, "Apakah kamu mendengar langsung daripada Nabi SAW?" Ummu 'Athiyah menjawab, "Ya. Demi bapaku!" Ummu Athiyah tidak mengatakan tentang Nabi SAW kecuali hanya mengatakan 'Demi bapaku, aku mendengar beliau bersabda: "Hendaklah para gadis remaja dan wanita-wanita yang berkurung di rumah, dan wanita yang sedang haid ikut menyaksikan kebaikan dan mendo'akan Kaum Muslimin, dan wanita-wanita haid menjauh daripada tempat solat." Hafshah, "Aku katakan, "Wanita haid?" Wanita itu menjawab, "Bukankah mereka juga hadir di 'Arafah, begini dan begini?"
Hits: 558

Carian Hadith