Nabi SAW Tidur bersama isteri yang sedang haid dan berselimut bersamanya dengan pakaian yang dipakainya

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ حَفْصٍ قَالَ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ حَدَّثَتْهُ أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ قَالَتْ حِضْتُ وَأَنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمِيلَةِ فَانْسَلَلْتُ فَخَرَجْتُ مِنْهَا فَأَخَذْتُ ثِيَابَ حِيضَتِي فَلَبِسْتُهَا فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنُفِسْتِ قُلْتُ نَعَمْ فَدَعَانِي فَأَدْخَلَنِي مَعَهُ فِي الْخَمِيلَةِ قَالَتْ وَحَدَّثَتْنِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُقَبِّلُهَا وَهُوَ صَائِمٌ وَكُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ مِنْ الْجَنَابَةِ

Terjemahan

(BUKHARI - 311): Sa'd bin Hafsh telah menceritakan kepada kami, Syaiban telah menceritakan kepada kami daripada Yahya daripada Abu Salamah daripada Zainab binti Abu Salamah bahawa ia menceritakan kepadanya, bahawa Ummu Salamah berkata, "Ketika aku berada dalam satu selimut bersama Nabi SAW, aku mengeluarkan darah haid, kemudian perlahan-perlahan aku keluar daripada selimut mengambil pakaian (khusus untuk haid) dan mengenakannya. Rasulullah SAW bertanya kepadaku: "Apakah kamu sedang haid?" Aku jawab, "Ya." Beliau lalu memanggil dan mengajakku masuk ke dalam selimut." Zainab berkata, "Ummu Salamah menceritakan kepadaku bahawa Nabi SAW juga menciumnya ketika beliau sedang berpuasa. Ummu Salam berkata, "Aku pernah mandi junub dalam satu bekas bersama Nabi SAW."
Hits: 404

Carian Hadith