Wanita haid tidak mengqadha solat yang ditinggalkannya ketika sedang haid

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ قَالَ حَدَّثَتْنِي مُعَاذَةُ أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ لِعَائِشَةَ أَتَجْزِي إِحْدَانَا صَلَاتَهَا إِذَا طَهُرَتْ فَقَالَتْ أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ كُنَّا نَحِيضُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا يَأْمُرُنَا بِهِ أَوْ قَالَتْ فَلَا نَفْعَلُهُ

Terjemahan

(BUKHARI - 310): Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami, Hammam telah menceritakan kepada kami berkata, Qatadah telah menceritakan kepada kami berkata, Mu'adzah telah menceritakan kepadaku, bahawa ada seorang wanita bertanya kepada 'Aisyah, "Apakah seseorang daripada kita harus melaksanakan solat yang ditinggalkannya bila sudah suci?" 'Aisyah menjawab, "Adakah kamu daripada kelompok Khawarij! Sesungguhnya kami pernah mengalami haid di sisi Nabi SAW, dan beliau tidak memerintahkan kami untuk itu." Atau Aisyah mengatakan, "Kami tidak melakukannya (mengqadha`)."
Hits: 436

Carian Hadith