Mencuci darah haid

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَصْبَغُ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ حَدَّثَهُ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَتْ إِحْدَانَا تَحِيضُ ثُمَّ تَقْتَرِصُ الدَّمَ مِنْ ثَوْبِهَا عِنْدَ طُهْرِهَا فَتَغْسِلُهُ وَتَنْضَحُ عَلَى سَائِرِهِ ثُمَّ تُصَلِّي فِيهِ

Terjemahan

(BUKHARI - 297): Asbagh telah menceritakan kepada kami, Ibnu Wahb telah mengkhabarkan kepadaku berkata, 'Amru bin Al Harits telah mengkhabarkan kepadaku daripada 'Abdul Rahman bin Al Qasim bahawa ia menceritakan kepadanya daripada bapanya daripada 'Aisyah berkata, "Salah seorang daripada kami mengalami haid, kemudian ketika telah suci darah tersebut ia bersihkan, kemudian kain tersebut ia cuci dan bersihkan, kemudian ia solat dengan menggunakan kain tersebut."
Hits: 415

Carian Hadith