Wanita yang sedang haid meninggalkan shaum (puasa)

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ أَخْبَرَنِي زَيْدٌ هُوَ ابْنُ أَسْلَمَ عَنْ عِيَاضِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقُلْنَ وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ قُلْنَ وَمَا نُقْصَانُ دِينِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَلَيْسَ شَهَادَةُ الْمَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ قُلْنَ بَلَى قَالَ فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ قُلْنَ بَلَى قَالَ فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ دِينِهَا

Terjemahan

(BUKHARI - 293) : Sa'id bin Abu Maryam telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah mengkhabarkan kepada kami Zaid -iaitu Ibnu Aslam- telah mengkhabarkan kepadaku daripada 'Iyadl bin 'Abdullah daripada Abu Sa'id Al Khudri ia berkata, "Rasulullah SAW pada hari raya 'Iedul Adha atau Fitri keluar menuju tempat solat, beliau melalui para wanita seraya bersabda: "Wahai para wanita! Hendaklah kamu semua bersedekah, kerana diperlihatkan kepadaku bahawa kamu semua adalah golongan yang paling banyak menghuni neraka." Kami bertanya, "Apa sebabnya wahai Rasulullah?" beliau menjawab: "Kamu semua banyak melaknat dan banyak mengingkari pemberian suami. Dan aku tidak pernah melihat daripada tulang laki-laki yang akalnya lebih cepat hilang dan lemah agamanya selain kamu semua." Kami bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, apa tanda daripada kurangnya akal dan lemahnya agama?" Beliau menjawab: "Bukankah penyaksian seorang wanita setengah daripada penyaksian lelaki?" Kami jawab, "Benar." Beliau berkata lagi: "Itulah kekurangan akalnya. Dan bukankah seorang wanita bila dia sedang haid dia tidak solat dan puasa?" Kami jawab, "Benar." Beliau berkata: "Itulah kekurangan agamanya."
Hits: 415

Carian Hadith