Mereka yang menamakan nifas sebagai haid dan sebaliknya

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ زَيْنَبَ بِنْتَ أُمِّ سَلَمَةَ حَدَّثَتْهُ أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ حَدَّثَتْهَا قَالَتْ بَيْنَا أَنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُضْطَجِعَةٌ فِي خَمِيصَةٍ إِذْ حِضْتُ فَانْسَلَلْتُ فَأَخَذْتُ ثِيَابَ حِيضَتِي قَالَ أَنُفِسْتِ قُلْتُ نَعَمْ فَدَعَانِي فَاضْطَجَعْتُ مَعَهُ فِي الْخَمِيلَةِ

Terjemahan

(BUKHARI - 289) : Al Makki bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami berkata Hisyam telah menceritakan kepadaku daripada Yahya bin Abu Katsir daripada Abu Salamah bahawa Zainab binti Ummu Salamah menceritakan kepadanya, bahawa Ummu Salamah berkata, "Aku dan Nabi SAW berbaring dalam selimut, kemudian aku mengeluarkan darah haid hingga aku pun beredar dengan diam-diam terus membawa kain yang terkena darah haidku. Beliau bertanya: "Apakah kamu sedang haid?" Aku jawab, "Ya." Beliau lalu memanggilku, maka aku pun berbaring bersama beliau dalam kain tebal."
Hits: 426

Carian Hadith