Wanita yang sedang haid boleh mencuci kepala suaminya dan menyikat rambutnya

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Haid - كِتَابُ الحَيْض

Bab :Haid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ أَنَّ ابْنَ جُرَيْجٍ أَخْبَرَهُمْ قَالَ أَخْبَرَنِي هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ عُرْوَةَ أَنَّهُ سُئِلَ أَتَخْدُمُنِي الْحَائِضُ أَوْ تَدْنُو مِنِّي الْمَرْأَةُ وَهِيَ جُنُبٌ فَقَالَ عُرْوَةُ كُلُّ ذَلِكَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَكُلُّ ذَلِكَ تَخْدُمُنِي وَلَيْسَ عَلَى أَحَدٍ فِي ذَلِكَ بَأْسٌ أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنَّهَا كَانَتْ تُرَجِّلُ تَعْنِي رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ حَائِضٌ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَئِذٍ مُجَاوِرٌ فِي الْمَسْجِدِ يُدْنِي لَهَا رَأْسَهُ وَهِيَ فِي حُجْرَتِهَا فَتُرَجِّلُهُ وَهِيَ حَائِضٌ

Terjemahan

(BUKHARI - 287): Ibrahim bin Musa telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Ibnu Juraij telah mengkhabarkan kepada mereka, ia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Hisyam bin 'Urwah daripada 'Urwah, bahawa dia ditanya, "Apakah wanita yang sedang haid boleh melayani aku, atau berdekatan denganku sedangkan dia junub?" 'Urwah lalu menjawab, "Bagiku semua itu mudah, dan setiap daripada mereka boleh untuk membantuku, dan seseorang tidak berdosa kerana hal itu. 'Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku bahawa ia pernah menyikat rambut kepala Nabi SAWdalam keadaan haid. Ketika itu Rasulullah SAWberada di dalam masjid, beliau mendekatkan kepalanya kepada Aisyah yang berada di dalam bilik dan dalam keadaan haid untuk menyikat rambut kepalanya."
Hits: 632

Carian Hadith