Ibu susuan daripada para budak dan selainnya

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Nafkah-Nafkah - كتاب النفقات

Bab :Nafkah

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ زَيْنَبَ بِنْتَ أَبِي سَلَمَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ أُمَّ حَبِيبَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ انْكِحْ أُخْتِي بِنْتَ أَبِي سُفْيَانَ قَالَ وَتُحِبِّينَ ذَلِكِ قُلْتُ نَعَمْ لَسْتُ لَكَ بِمُخْلِيَةٍ وَأَحَبُّ مَنْ شَارَكَنِي فِي الْخَيْرِ أُخْتِي فَقَالَ إِنَّ ذَلِكِ لَا يَحِلُّ لِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَوَاللَّهِ إِنَّا نَتَحَدَّثُ أَنَّكَ تُرِيدُ أَنْ تَنْكِحَ دُرَّةَ بِنْتَ أَبِي سَلَمَةَ فَقَالَ بِنْتَ أُمِّ سَلَمَةَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَوَاللَّهِ لَوْ لَمْ تَكُنْ رَبِيبَتِي فِي حَجْرِي مَا حَلَّتْ لِي إِنَّهَا بِنْتُ أَخِي مِنْ الرَّضَاعَةِ أَرْضَعَتْنِي وَأَبَا سَلَمَةَ ثُوَيْبَةُ فَلَا تَعْرِضْنَ عَلَيَّ بَنَاتِكُنَّ وَلَا أَخَوَاتِكُنَّ وَقَالَ شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ عُرْوَةُ ثُوَيْبَةُ أَعْتَقَهَا أَبُو لَهَبٍ

Terjemahan

(BUKHARI - 4953) : Yahya bin Bukair menceritakan kepada kami, Al Laith menceritakan kepada kami daripada Uqail daripada Ibnu Syihab, Urwah mengkhabarkan kepadaku bahawa Zainab binti Abu Salamah mengkhabarkan kepadanya bahawa Ummu Habibah Isteri Nabi SAW berkata; Aku pernah berkata, "Wahai Rasulullah, nikahilah saudara perempuanku binti Abu Sufyan."Baginda bertanya: "Adakah kamu ingin ianay berlaku?" aku menjawab, "Ya, aku tak ingin jika kebaikanmu ku nikmati sendiri. Aku ingin jika kebaikanmu juga sama-sama dirasakan oleh saudariku." Baginda pun bersabda: "Sesungguhnya perkara itu tidak halal bagiku." Aku berkata lagi, "Wahai Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya kami pernah besembang bahawa Anda ingin menikahi Durrah binti Abu Salamah!." Baginda bertanya: "binti Abu Salamah?" aku menjawab, "Ya." Baginda bersabda: "Demi Allah, sekiranya ia bukan termasuk anak tiri asuhanku, ia pun tak halal bagiku. Sesungguhnya dia adalah anak perempuan daripada saudara susuanku. Thuwaibah telah menyusuiku dan juga Abu Salamah. Kerana itu, janganlah kamu semua menawarkan anak-anak dan saudara-saudara perempuan kamu semua kepadaku." Syu'aib berkata; Daripada Az Zuhri, bahawa telah berkata Urwah; Yang membebaskan Thuwaibah adalah Abu Lahab.
Hits: 667

Carian Hadith