Firman Allah "... waris juga berkewajipan demikian…."

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Nafkah-Nafkah - كتاب النفقات

Bab :Nafkah

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ أَخْبَرَنَا هِشَامٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ لِي مِنْ أَجْرٍ فِي بَنِي أَبِي سَلَمَةَ أَنْ أُنْفِقَ عَلَيْهِمْ وَلَسْتُ بِتَارِكَتِهِمْ هَكَذَا وَهَكَذَا إِنَّمَا هُمْ بَنِيَّ قَالَ نَعَمْ لَكِ أَجْرُ مَا أَنْفَقْتِ عَلَيْهِمْ

Terjemahan

(BUKHARI - 4950): Musa bin Isma'il menceritakan kepada kami, Wuhaib menceritakan kepada kami, Hisyam mengkhabarkan kepada kami daripada bapanya daripada Zainab binti Abu Salamah daripada Ummu Salamah, Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah aku mendapat pahala apabila aku berinfak kepada anak-anak Abu Salamah, dan aku tidak meninggalkan mereka banyak perkara. Sesungguhnya mereka adalah anak-anakku." Baginda menjawab: "Ya, kamu akan mendapatkan pahala atas apa yang kamu nafkahkan kepada mereka."
Hits: 1178

Carian Hadith