Nafkah suami yang miskin untuk keluarganya

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Nafkah-Nafkah - كتاب النفقات

Bab :Nafkah

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ قَالَ وَلِمَ قَالَ وَقَعْتُ عَلَى أَهْلِي فِي رَمَضَانَ قَالَ فَأَعْتِقْ رَقَبَةً قَالَ لَيْسَ عِنْدِي قَالَ فَصُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ فَأَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا قَالَ لَا أَجِدُ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهِ تَمْرٌ فَقَالَ أَيْنَ السَّائِلُ قَالَ هَا أَنَا ذَا قَالَ تَصَدَّقْ بِهَذَا قَالَ عَلَى أَحْوَجَ مِنَّا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَوَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ مِنَّا فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ قَالَ فَأَنْتُمْ إِذًا

Terjemahan

(BUKHARI - 4949): Ahmad bin Yunus menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa'd menceritakan kepada kami, Ibnu Syihab menceritakan kepada kami daripada Humaid bin Abdurrahman daripada Abu Hurairah RA, katanya; Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata, "Aku telah binasa." Baginda bertanya: "Kerana apa?" lelaki itu berkata, "Aku telah menggauli isteriku pada siang hari bulan Ramadhan." Maka Baginda bersabda: "Kalau begitu, merdekakanlah seorang hamba." lelaki itu berkata, "Aku tidak ada hamba." Baginda bersabda lagi: "Kalau tidak ada, maka berpuasalah dua bulan berturut-turut." Lelaki itu menjawab, "Aku tak mampu." Baginda bersabda: "Jika tak mampu, maka berilah makan kepada enam puluh orang miskin." Lelaki itu berkata, "Aku tidak mempunyai sesuatu pun." Sesudah itu, Nabi SAW diberi bakul besar berisi kurma. Maka Baginda pun bertanya: "Di manakah orang yang bertanya tadi?" lelaki itu menjawab, "Ya, ini aku." Baginda bersabda: "Bersedekahlah dengan ini." Lelaki itu berkata, "Adakah ada orang yang paling memerlukannya selain daripada kami wahai Rasulullah? Maka demi zat yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran, tidak ada ahlu bait di antara dua bukit itu yang lebih membutuhkannya daripada pada kami." Akhirnya Nabi SAW tertawa hingga gigi gerahannya terlihat. Baginda bersabda: "Kalau begitu, sedekahkanlah kepada keluargamu."
Hits: 523

Carian Hadith