Bantuan isteri untuk suaminya berkaitan anak

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Nafkah-Nafkah - كتاب النفقات

Bab :Nafkah

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَمْرٍو عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ هَلَكَ أَبِي وَتَرَكَ سَبْعَ بَنَاتٍ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً ثَيِّبًا فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ فَقُلْتُ نَعَمْ فَقَالَ بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا قُلْتُ بَلْ ثَيِّبًا قَالَ فَهَلَّا جَارِيَةً تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ هَلَكَ وَتَرَكَ بَنَاتٍ وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَجِيئَهُنَّ بِمِثْلِهِنَّ فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً تَقُومُ عَلَيْهِنَّ وَتُصْلِحُهُنَّ فَقَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْ قَالَ خَيْرًا

Terjemahan

(BUKHARI - 4948): Musaddad menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid menceritakan kepada kami, daripada Amru daripada Jabir bin Abdullah RA katanya, "Bapaku wafat dan dia meninggalkan tujuh orang anak wanita, maka aku pun menikahkanya dengan seorang janda." Maka Rasulullah SAW bertanya padaku: "Apakah kamu sudah menikah wahai Jabir?" Aku menjawab, "Ya." Baginda bertanya lagi: "Dengan gadits ataukah janda?" aku menjawab, "Dengan janda." Baginda bersabda: "Kenapa tidak dengan gadis sehingga kamu dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu. Kamu dapat bergurau dengannya dan dia pun dapat bergurau denganmu?." Maka aku pun berkata pada Baginda, "Sesungguhnya Abdullah meninggal, dan ia meninggalkan ramai anak wanita. Aku tidak suka melahirkan anak-anak (yang tak terurus) seperti mereka. Kerana itul, aku menikahi seorang wanita agar dapat menguruskan mereka." Maka Baginda pun bersabda: "Semoga Allah memberi keberkatan padamu." Atau Baginda bersabda dengan kebaikan.
Hits: 496

Carian Hadith