Pembantu isteri

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Nafkah-Nafkah - كتاب النفقات

Bab :Nafkah

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي يَزِيدَ سَمِعَ مُجَاهِدًا سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي لَيْلَى يُحَدِّثُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكِ مِنْهُ تُسَبِّحِينَ اللَّهَ عِنْدَ مَنَامِكِ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدِينَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتُكَبِّرِينَ اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ ثُمَّ قَالَ سُفْيَانُ إِحْدَاهُنَّ أَرْبَعٌ وَثَلَاثُونَ فَمَا تَرَكْتُهَا بَعْدُ قِيلَ وَلَا لَيْلَةَ صِفِّينَ قَالَ وَلَا لَيْلَةَ صِفِّينَ

Terjemahan

(BUKHARI - 4943): Al Humaidi menceritakan kepada kami Sufyan menceritakan kepada kami Ubaidulah bin Abu Yazid menceritakan kepada kami bahawa ia mendengar Mujahid berkata; Aku mendengar Abdul Rahman bin Abu Laila menceritakan daripada Ali bin Abu Thalib bahawasa; Fathimah Alaihas Salam datang kepada Nabi SAW untuk meminta Khadim (seorang pembantu), maka Baginda bersabda: "Mahukah kamu aku beritahukan sesuatu yang lebih baik daripadanya? Bertasbihlah kepada Allah ketika kamu hendak tidur sebanyak tiga puluh tiga kali, kemudian bertahmid tiga puluh tiga kali dan bertakbir sebanyak tiga puluh empat kali." Sufyan berkata; "Satu di antaranya adalah sebanyak tiga puluh empat kali, maka setelah itu aku tidak pernah meninggalkannya." Di tanyakan kepadanya, "Meskipun pada malam perang Siffin?" Ia menjawab, "Meskipun pada malam perang Siffin."
Hits: 1626

Carian Hadith