Keutamaan memberikan nafkah kepada keluarga
Matan Hadith
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ قَزَعَةَ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ
Terjemahan
Yahya bin Qaza'ah menceritakan kepada kami Malik menceritakan kepada kami daripada Thaur bin Zaid daripada Abul Ghaith daripada Abu Hurairah katanya; Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada janda dan orang-orang miskin, seumpama seorang yang berjuang di jalan Allah atau seorang yang berdiri menunaikan qiyamullail dan berpuasa di siang harinya."