Wajib bagi imam berada di mimbar ketika mendengar adzan

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Tahajjud - كتاب التهجد

Bab :Jumaat

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى الْمِنْبَرِ أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ مُعَاوِيَةُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ وَأَنَا فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ وَأَنَا فَلَمَّا أَنْ قَضَى التَّأْذِينَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذَا الْمَجْلِسِ حِينَ أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ يَقُولُ مَا سَمِعْتُمْ مِنِّي مِنْ مَقَالَتِي

Terjemahan

(BUKHARI - 863): Muhammad bin Muqatil telah menceritakan kepada kami berkata, ‘Abdullah telah mengkhabarkan kepada kami berkata, Abu Bakar bin 'Uthman bin Sahl bin Hunaif telah mengkhabarkan kepada kami daripada Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif berkata, Aku mendengar Mu'awiyyah bin Abu Suyan ketika dia sedang duduk di atas mimbar dan mu'adzan sedang mengumandangkan adzan: 'Allahu Akbar Allahu Akbar', Mu'awiyyah mengucapkan, 'Allahu Akbar Allahu Akbar'. Ketika muazin membaca 'Asyhadu anlaa ilaaha illallah', Mu'awiyyah dan aku mengucapkan seperti yang diucapkan muazin. Dan ketika muazin membaca 'Asyhadu anna Muhammada Rasulullah, ' Mu'awiyyah dan aku mengucapkan seperti yang diucapkan muazin. Ketika azan sudah selesai Mu'awiyyah berkata, "Wahai manusia, sungguh ketika azan dikumandangkan aku pernah mendengar Rasulullah SAW mengatakan daripada tempat ini seperti yang kalian dengar daripada (bacaan) ucapanku tadi".
Hits: 727

Carian Hadith