Berjalan menuju solat jumaat

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Tahajjud - كتاب التهجد

Bab :Jumaat

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ قَالَ الزُّهْرِيُّ عَنْ سَعِيدٍ وَأَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح وحَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ عَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

Terjemahan

(BUKHARI - 857): Adam telah menceritakan kepada kami berkata, Ibnu Abu Dzi'b telah menceritakan kepada kami, Al Zuhri berkata daripada Sa'id dan Abu Salamah daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW. (menerusi sanad lain) Dan telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib daripada Al Zuhri berkata, telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdul Rahman bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Jika solat sudah ditegakkan (iqamatnya) janganlah kamu semua mendatanginya dengan tergesa-gesa. Datanglah dengan berjalan tenang. Maka apa yang kamu dapat solatlah, dan mana yang ketinggalan sempurnakanlah".
Hits: 1401

Carian Hadith