Bagaimana ilmu di cabut

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :3. كِتَابُ العِلْمِ - Ilmu

Bab :Ilmu

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا قَالَ الْفِرَبْرِيُّ حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ قَالَ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ هِشَامٍ نَحْوَهُ

Terjemahan

(BUKHARI - 98) : Isma'il bin Abu Uwais telah menceritakan kepada kami telah menceritakan kepadaku Malik daripada Hisyam bin 'Urwah daripada bapanya daripada Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus daripada hambanya, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama sehingga bila ulama sudah tiada maka manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan". Al Firabri berkata 'Abbas telah menceritakan kepada kami telah menceritakan kepada kami Qutaibah Jarir telah menceritakan kepada kami daripada Hisyam dengan lafaz seperti ini.
Hits: 535

Carian Hadith