Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka Allah memberi kefahaman tentang agama

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :3. كِتَابُ العِلْمِ - Ilmu

Bab :Ilmu

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ خَطِيبًا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ  قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ

Terjemahan

(BUKHARI - 69) : Sa'id bin 'Ufair telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab telah menceritakan kepada kami daripada Yunus daripada Ibnu Syihab berkata, Humaid bin Abdul Rahman berkata; aku mendengar Mu'awiyyah memberi khutbah untuk kami, dia berkata; Aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah faqihkan dia dalam agama. Aku hanyalah orang yang mengagih sedang Allah yang memberi. Dan umat ini sentiasa akan tegak di atas perintah Allah, mereka tidak akan celaka kerana adanya orang-orang yang tidak sependapat dengan mereka sehingga datang keputusan Allah".
Hits: 508

Carian Hadith