Orang yang menyediakan hari-hari khusus untuk bermulazamah dengan para ulama

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :3. كِتَابُ العِلْمِ - Ilmu

Bab :Ilmu

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ كَانَ عَبْدُ اللَّهِ يُذَكِّرُ النَّاسَ فِي كُلِّ خَمِيسٍ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ لَوَدِدْتُ أَنَّكَ ذَكَّرْتَنَا كُلَّ يَوْمٍ قَالَ أَمَا إِنَّهُ يَمْنَعُنِي مِنْ ذَلِكَ أَنِّي أَكْرَهُ أَنْ أُمِلَّكُمْ وَإِنِّي أَتَخَوَّلُكُمْ بِالْمَوْعِظَةِ كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُنَا بِهَا مَخَافَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا

Terjemahan

(BUKHARI - 68) : Uthman bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Jarir telah menceritakan kepada kami daripada Mansur daripada Abu Wa'il bahawa Abdullah memberi pelajaran kepada orang ramai pada setiap hari Khamis, kemudian seorang lelaki berkata: "Wahai Abu Abdul Rahman, sesungguhnya aku ingin kalau tuan dapat memberikan peringatan kepada kami setiap hari" beliau berkata: "Sesungguhnya aku enggan melakukannya, kerana aku takut membuat kamu semua bosan, dan aku ingin memberi peringatan kepada kamu semua sebagaimana Nabi SAW memberi pelajaran kepada kami kerana khawatir kami akan bosan ".
Hits: 422

Carian Hadith