Siapa yang duduk di belakang dalam suatu majelis

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :3. كِتَابُ العِلْمِ - Ilmu

Bab :Ilmu

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

Terjemahan

(BUKHARI - 64) : Isma'il telah menceritakan kepada kami Malik telah menceritakan kepadaku daripada Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah bahawa Abu Murrah -hamba Uqail bin Abu Thalib sebelum ini-, mengkhabarkan kepadanya daripada Abu Waqid Al Laithi, bahawa Rasulullah SAW ketika sedang duduk di dalam Masjid bersama para sahabat datanglah tiga orang. Dua orang menghadap Nabi SAW dan yang seorang lagi pergi, yang dua orang terus duduk bersama Nabi SAW di mana satu di antaranya nampak bahagia bersama Nabi SAW sedang yang kedua duduk di belakang mereka, sedang yang ketiga beredar pergi, Setelah Rasulullah SAW selesai dalam majlis, Beliau bersabda: "Mahukah aku beritahu kamu semua tentang tiga orang tadi?" Adapun seorang di antara mereka, dia meminta perlindungan kepada Allah, maka Allah lindungi dia. Yang kedua, dia malu kepada Allah, maka Allah pun malu kepadanya. Sedangkan yang ketiga berpaling daripada Allah maka Allah pun berpaling daripadanya".
Hits: 395

Carian Hadith