Melewatkankan sahur

Hadith Sahih

Perawi : Zaid bin Thabit RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab : كِتَابُ الصَّوْمِ - Puasa

Bab :Melewatkan Sahur

No. Hadith : 703

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا هِشَامٌ الدَّسْتُوَائِيُّ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ   تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ قَالَ قُلْتُ كَمْ كَانَ قَدْرُ ذَلِكَ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ هِشَامٍ بِنَحْوِهِ إِلَّا أَنَّهُ قَالَ قَدْرُ قِرَاءَةِ خَمْسِينَ آيَةً قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَبِهِ يَقُولُ الشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ اسْتَحَبُّوا تَأْخِيرَ السُّحُورِ.

رواه البخاري ومسلم والترمذي والنسائي, واللفظ للتر

التخريج: سنن الترمذي , كتاب الصوم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم , باب ما جاء في تأخير السحور , رقم حديث 703 , عن زيد بن ثابت رضي الله عنه.

Terjemahan

Yahya bin Musa telah menceritakan kepada kami Abu Daud At Thayalisi telah menceritakan kepada kami telah menceritakan kepada kami Hisyam Ad Dastuwa'i daripada Qatadah daripada Anas bin Malik daripada Zaid bin Thabit RA, beliau berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW, selepas itu kami pun menunaikan solat subuh berjama'ah". Anas RA, berkata: "Saya bertanya (kepada Zaid RA), berapa lama jarak antara sahur dan solat? Zaid RA, menjawab: "Kira-kira (bacaan al-Quran) lima puluh ayat". Hannad telah menceritakan kepada kami; Waki' telah menceritakan kepada kami; daripada Hisyam seperti hadith di atas, namun di dalamnya Zaid RA, berkata: "Kira-kira kadar membaca (al-Quran) lima puluh ayat". Perawi (at-Tirmizi) berkata: "Dalam bab ini (ada juga riwayat) daripada Huzaifah. Abu 'Isa berkata, hadith Zaid bin Thabit adalah hadith hasan sahih dan juga merupakan pendapatnya As-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq, semuanya lebih menyukai untuk mengakhirkan sahur.

(Hadith riwayat al-Bukhari, No. 575, 1921, Muslim, 1097, at-Tirmizi, No. 703, An-Nasaie, 2155, lafaz hadith riwayat at-Tirmizi).

Hits: 505

Carian Hadith