Makruhkan berpuasa ketika musafir

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى مَكَّةَ عَامَ الْفَتْحِ فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الْغَمِيمِ وَصَامَ النَّاسُ مَعَهُ فَقِيلَ لَهُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ شَقَّ عَلَيْهِمْ الصِّيَامُ وَإِنَّ النَّاسَ يَنْظُرُونَ فِيمَا فَعَلْتَ فَدَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ بَعْدَ الْعَصْرِ فَشَرِبَ وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ إِلَيْهِ فَأَفْطَرَ بَعْضُهُمْ وَصَامَ بَعْضُهُمْ فَبَلَغَهُ أَنَّ نَاسًا صَامُوا فَقَالَ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ كَعْبِ بْنِ عَاصِمٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ جَابِرٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَيْسَ مِنْ الْبِرِّ الصِّيَامُ فِي السَّفَرِ وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الصَّوْمِ فِي السَّفَرِ فَرَأَى بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ أَنَّ الْفِطْرَ فِي السَّفَرِ أَفْضَلُ حَتَّى رَأَى بَعْضُهُمْ عَلَيْهِ الْإِعَادَةَ إِذَا صَامَ فِي السَّفَرِ وَاخْتَارَ أَحْمَدُ وَإِسْحَقُ الْفِطْرَ فِي السَّفَرِ و قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ إِنْ وَجَدَ قُوَّةً فَصَامَ فَحَسَنٌ وَهُوَ أَفْضَلُ وَإِنْ أَفْطَرَ فَحَسَنٌ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ و قَالَ الشَّافِعِيُّ وَإِنَّمَا مَعْنَى قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ الْبِرِّ الصِّيَامُ فِي السَّفَرِ وَقَوْلِهِ حِينَ بَلَغَهُ أَنَّ نَاسًا صَامُوا فَقَالَ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ فَوَجْهُ هَذَا إِذَا لَمْ يَحْتَمِلْ قَلْبُهُ قَبُولَ رُخْصَةِ اللَّهِ فَأَمَّا مَنْ رَأَى الْفِطْرَ مُبَاحًا وَصَامَ وَقَوِيَ عَلَى ذَلِكَ فَهُوَ أَعْجَبُ إِلَيَّ

Terjemahan

Qutaibah telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Muhammad telah menceritakan kepada kami daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahnya daripada Jabir bin Abdullah bahwasanya Rasulullah SAW keluar menuju Makkah pada tahun penaklukan kota Makkah sambil berpuasa bersama para sahabatnya, ketika sampai di Kuraa'ul ghamim baginda diberitahu, Sesungguhnya orang ramai kepenatan kerana berpuasa dan mereka akan melihat apa yang akan tuan buat, lantas baginda meminta sekantong air selepas asar kemudian meminumnya dengan disaksikan oleh seluruh sahabat, maka sebahagian mereka ikut berbuka dan sebahagian yang lain memilih tetap berpuasa, ternyata berita orang-orang yang tetap berpuasa sampai kepada baginda, lantas baginda berkata: "Mereka adalah orang-orang yang durhaka." Dan dalam bab ini (ada juga riwayat) daripada Ka'ab bin 'Ashim, Ibnu Abbas dan Abu Hurairah. Hadith Jabir merupakan hadith hasan sahih. Dan telah diriwayatkan daripada nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam, bahawa baginda bersabda: "Berpuasa ketika musafir tidak termasuk daripada kebaikan." Oleh kerana itu para ulama berselisih pendapat mengenai berpuasa diwaktu musafir, sebahagian ulama daripada kalangan sahabat Nabi SAWberpendapat bahawa berbuka di waktu musafir lebih baik, bahkan mereka berpendapat wajibnya mengqadha' jika dia berpuasa diwaktu musafir, di antara merak yang memilih pendapat ini ialah Ahmad dan Ishaq. Sedangkan sebahagian ulama daripada kalangan sahabat Nabi SAWdan yang lainnya berpendapat jika dia merasa kuat lalu berpuasa maka perkara itu adalah lebih baik, namun jika dia memilih berbuka maka hukumnya tidak mengapa. Pendapat ini juga dipilih oleh Sufyan At thauri, Malik bin Anas dan Abdullah Ibnul Mubarak. Syafi'i berkata, makna hadith Nabi di atas ialah jika hatinya tidak menerima keringanan daripada Allah ta'ala, adapun orang yang berpendapat mubahnya berbuka di waktu musafir namun dia merasa kuat lalu berpuasa maka hal itu lebih saya sukai.
Hits: 529

Carian Hadith