Larangan "GHIBAH" bagi orang yang berpuasa
Matan Hadith
حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ قَالَ وَأَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ بِأَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَنَسٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Terjemahan
Telah menceritakan kepada kami Abu Musa Muhammad bin Muthanna telah meceritakan kepada kami 'Uthman bin Umar berkata, dan telah mengkhbarkan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b daripada Al Maqburi daripada ayahnya daripada Abu Hurairah bahwasanya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan perkataan Zur (dusta) dan perbuatan Zur (maksiat) maka Allah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makan minumnya walaupun telah meninggalkan makan dan minumnya (tidak akan menerima puasanya) ". (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat ) daripada Anas. Abu 'Isa berkata, ini adalah hadith hasan sahih.