Membatalkan puasa bagi mereka yang puasa sunat

Hadith Sahih

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ هَانِئٍ عَنْ أُمِّ هَانِئٍ قَالَتْ

كُنْتُ قَاعِدَةً عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأُتِيَ بِشَرَابٍ فَشَرِبَ مِنْهُ ثُمَّ نَاوَلَنِي فَشَرِبْتُ مِنْهُ فَقُلْتُ إِنِّي أَذْنَبْتُ فَاسْتَغْفِرْ لِي فَقَالَ وَمَا ذَاكِ قَالَتْ كُنْتُ صَائِمَةً فَأَفْطَرْتُ فَقَالَ أَمِنْ قَضَاءٍ كُنْتِ تَقْضِينَهُ قَالَتْ لَا قَالَ فَلَا يَضُرُّكِ

 

قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَعَائِشَةَ

Terjemahan

Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash telah menceritakan kepada kami daripada Simak bin Harb daripada Ibnu Ummi Hani' daripada Ummu Hani' dia berkata, saya duduk dekat SAW, kemudian dihulurkan air kepada baginda lalu baginda meminumnya dan memberikan sisanya kepadaku, lantas saya meminumnya, lalu saya berkata, mohonkanlah ampun untukku kerana saya telah berbuat dosa, baginda bertanya: " Apa yang telah kamu perbuat?" saya menjawab, saya pernah berpuasa lalu saya membatalkan puasaku, baginda kembali bertanya: "Apakah itu puasa qadha'? Saya menjawab, tidak. Baginda bersabda: "Perkara itu tidak akan membahayakanmu." Abu 'Isa berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat) daripada Abu Sa'id dan 'Aisyah.

Hits: 429

Carian Hadith