Tidak dianggap puasa tanpa disertai niat di malam hari

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ حَفْصَةَ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يُجْمِعْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ

 

قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ حَفْصَةَ حَدِيثٌ لَا نَعْرِفُهُ مَرْفُوعًا إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَوْلُهُ وَهُوَ أَصَحُّ وَهَكَذَا أَيْضًا رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ الزُّهْرِيِّ مَوْقُوفًا وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ إِلَّا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَإِنَّمَا مَعْنَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ لَا صِيَامَ لِمَنْ لَمْ يُجْمِعْ الصِّيَامَ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ فِي رَمَضَانَ أَوْ فِي قَضَاءِ رَمَضَانَ أَوْ فِي صِيَامِ نَذْرٍ إِذَا لَمْ يَنْوِهِ مِنْ اللَّيْلِ لَمْ يُجْزِهِ وَأَمَّا صِيَامُ التَّطَوُّعِ فَمُبَاحٌ لَهُ أَنْ يَنْوِيَهُ بَعْدَ مَا أَصْبَحَ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَقَ

Terjemahan

Ishaq bin Manshur telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Maryam telah mengkhabarkan kepada kami telah mengkhabarkan kepada kami Yahya bin Ayyub daripada Abdullah bin Abu Bakar daripada Ibnu Syihab daripada Salim bin Abdullah daripada ayahnya daripada Hafshah daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Sesiapa yang tidak berniat sebelum fajar maka puasanya tidak sah". Abu 'Isa berkata, kami tidak mengetahui hadith Hafshah diriwayatkan secara marfu' kecuali melalui jalur ini. Telah diriwayatkan daripada Nafi' daripada Ibnu Umar bahawa ini adalah perkataannya Ibnu Umar dan pernyataan ini lebih sahih. Demikian juga hadith ini diriwayatkan daripada Al Zuhri secara mauquf dan tidak kami ketahui ada yang memarfu'kan hadith ini kecuali Yahya bin Ayyub. Maksud daripada hadith ini menurut para ulama ialah "Sesiapa yang tidak berniat sebelum terbitnya fajar di bulan Ramadhan atau ketika mengqadha' puasa Ramadhan atau ketika puasa nazar, maka puasanya tidak sah. Adapun puasa sunat, maka boleh berniat sesudah terbitnya fajar. ini adalah pendapat Syafi'i, Ahmad dan Ishaq.
Hits: 654

Carian Hadith