Bercium-ciuman ketika berpuasa

Hadith Sahih

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Puasa - كتاب الصوم

Bab :Pada menjelaskan perkara berkaitan bercium bagi yang berpuasa

No. Hadith : 727

Status : Sahih

Matan Hadith

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُقَبِّلُ فِي شَهْرِ  الصَّومِ.

التخريج: سنن الترمذي، أَبْوَابُ الصَّوْمِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بَابٌ مَا جَاءَ فِي الْقُبْلَةِ لِلصَّائِمِ، حديث رقم 727.


 

قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَحَفْصَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَأَنَسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَائِشَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ فِي الْقُبْلَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْقُبْلَةِ لِلشَّيْخِ وَلَمْ يُرَخِّصُوا لِلشَّابِّ مَخَافَةَ أَنْ لَا يَسْلَمَ لَهُ صَوْمُهُ وَالْمُبَاشَرَةُ عِنْدَهُمْ أَشَدُّ وَقَدْ قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ الْقُبْلَةُ تُنْقِصُ الْأَجْرَ وَلَا تُفْطِرُ الصَّائِمَ وَرَأَوْا أَنَّ لِلصَّائِمِ إِذَا مَلَكَ نَفْسَهُ أَنْ يُقَبِّلَ وَإِذَا لَمْ يَأْمَنْ عَلَى نَفْسِهِ تَرَكَ الْقُبْلَةَ لِيَسْلَمَ لَهُ صَوْمُهُ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَالشَّافِعِيِّ

 

Terjemahan

Daripada 'Aisyah bahwasanya Nabi SAW menciumnya pada bulan puasa. (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat ) daripada Umar bin Al Khattab, Hafshah, Abu Sa'id, Ummu Salamah, Ibnu Abbas, Anas dan Abu Hurairah. Abu 'Isa berkata, hadith 'Aisyah merupakan hadith hasan sahih. Para ulama berbeza pendapat dalam perkara ini, sebahagian daripada para sahabat Nabi SAW dan yang lainnya membolehkan orang tua untuk mencium ketika berpuasa, tapi tidak ada keringanan untuk seorang pemuda, dikhuwatiri puasanya akan rosak, lebih-lebih lagi bersetubuh. Sebahagian ulama mengatakan, mencium itu mengurangi pahala namun tidak membatalkan puasanya, mereka juga berpendapat, jika seseorang bisa menahan diri, maka boleh baginya untuk mencium. Namun jika tidak boleh, maka hendaknya dia tidak melakukannya, pendapat ini adalah pendapat Sufyan Aht-Thauri dan as-Syafi'i.

Hits: 612

Carian Hadith