Muntah dengan sengaja

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ هِشَامِ بْنِ حَسَّانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ وَمَنْ اسْتَقَاءَ عَمْدًا فَلْيَقْضِ

 

قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ وَثَوْبَانَ وَفَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ هِشَامٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ عِيسَى بْنِ يُونُسَ و قَالَ مُحَمَّدٌ لَا أُرَاهُ مَحْفُوظًا قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا يَصِحُّ إِسْنَادُهُ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ وَثَوْبَانَ وَفَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاءَ فَأَفْطَرَ وَإِنَّمَا مَعْنَى هَذَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ صَائِمًا مُتَطَوِّعًا فَقَاءَ فَضَعُفَ فَأَفْطَرَ لِذَلِكَ هَكَذَا رُوِيَ فِي بَعْضِ الْحَدِيثِ مُفَسَّرًا وَالْعَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ عَلَى حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ الصَّائِمَ إِذَا ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلَا قَضَاءَ عَلَيْهِ وَإِذَا اسْتَقَاءَ عَمْدًا فَلْيَقْضِ وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ

Terjemahan

Ali bin Hujr telah menceritakan kepada kami Isa bin Yunus telah menceritakan kepada kami daripada Hisyam bin Hasan daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW bersabda: " Sesiapa yang muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqadha' puasanya, namun sesiapa yang muntah dengan sengaja, maka wajib baginya untuk mengqhadha' puasanya." (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat ) daripada Abu Darda', Thauban dan Fadhalah bin 'Ubaid. Abu 'Isa berkata, hadith Abu Hurairah adalah hadith hasan gharib, kami tidak mengetahui hadith daripada riwayat Hisyam daripada Ibnu Sirin daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW kecuali daripada riwayat 'Isa bin Yunus. Muhammad berkata, menurut saya hadith ini tidak mahfuzh. Abu 'Isa berkata, hadith ini telah diriwayatkan melalui banyak jalur, namun tidak ada satupun yang sahih. Telah diriwayatkan juga daripada Abu Darda', Tsauban dan Fadlalah bin 'Ubaid bahwa Nabi SAW pernah muntah lalu berbuka, adapun makna hadith ini ialah Nabi muntah ketika sedang puasa tathawwu' (sunat) baginda merasa lemah kemudian berbuka, makna hadith ini sebagaimana disebutkan didalam riwayat lain beserta tafsirnya. Para ulama juga mengamalkan hadith ini dengan mengambil kesimpulan hukum, bahawa orang yang berpuasa kemudian muntah, maka dirinya tidak wajib berqhadha', namun jika muntah dengan sengaja, maka dirinya wajib mengqhadha' puasanya. Di antara ulama yang berpendapat seperti ini ialah Sufyan Al Tsauri, Syafi'i, Ahmad dan Ishaq.
Hits: 2079

Carian Hadith