Tidak mendahului ramadan dengan dengan puasa satu atau dua hari

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Muslim

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ عَلِيِّ بْنِ مُبَارَكٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ و حَدَّثَنَاه يَحْيَى بْنُ بِشْرٍ الْحَرِيرِيُّ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ يَعْنِي ابْنَ سَلَّامٍ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا هِشَامٌ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ كُلُّهُمْ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ

Terjemahan

(MUSLIM - 1812): Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Abu Kuraib - telah menceritakan kepada kami Abu Bakar berkata- Waqi’ telah menceritakan kepada kami daripada ‘Ali bin Mubarak daripada Yahya bin Abu Kathir daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah RA, berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu semua mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali bagi seseorang yang telah terbiasa berpuasa sebelumnya." Yahya bin Bisyr Al Hariri telah menceritakannya kepada kami Mu'awiyah, anaknya Sallam telah menceritakan kepada kami -dalam sanad yang lain- Ibnul Muthanna telah menceritakan kepada kami Abu Amir telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami - dalam sanad yang lain- Ibnul Mutsanna dan Ibnu Abu Umar telah menceritakan kepada kami keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab bin Abdul Majid telah menceritakan kepada kami Ayyub -dalam sanad yanglain- Zuhair bin Harb telah menceritakan kepadaku Husain bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Syaiban telah menceritakan kepada kami semuanya daripada Yahya bin Abu Katsir dengan isnad ini, hadith seumpamanya.
Hits: 484

Carian Hadith