Wajibnya berpuasa ramadan kerana melihat hilal dan berbuka kerana melihat hilal
Matan Hadith
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ الْعَبْدِيُّ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْهِلَالَ فَقَالَ إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَعُدُّوا ثَلَاثِينَ
Terjemahan
(MUSLIM - 1811): Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bisyr Al Abdi telah menceritakan kepada kami telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Umar daripada Abu Zinad daripada Al A'raj daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW menyebut hilal, maka beliau pun bersabda: "Jika kamu semua melihatnya, maka berpuasalah, dan bila kemudiankamu semua melihatnya (terbit) kembali, maka berbukalah. Dan jika bulan itu tertutup daripada pandangan kalian, hitunglah menjadi tiga puluh hari."