Wajibnya berpuasa ramadan kerana melihat hilal dan berbuka kerana melihat hilal

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Muslim

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

 

وحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَيَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَابْنُ حُجْرٍ قَالَ يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ لَيْلَةً لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ إِلَّا أَنْ يُغَمَّ عَلَيْكُمْ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ

Terjemahan

(MUSLIM - 1800): Dan Yahya bin Yahya dan Yahya bin Ayyub dan Qutaibah bin Sa'id dan Ibnu Hujr telah menceritakan kepada kami -Yahya bin Yahya berkata- telah mengkhabarkan kepada kami -sementara yang lain berkata- Isma'il telah menceritakan kepada kami -ia adalah ibnu Ja'far- daripada Abdullah bin Dinar bahawa ia mendengar Ibnu Umar RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "(Bilangan) bulan itu adalah dua puluh sembilan malam. Janganlah kamu semua berpuasa sehingga kamu semua melihatnya (Hilal), dan jangan pula kamu semua berbuka sehingga kamu semua melihatnya (terbit) kembali. Dan jika hilal itu tertutup daripada pandangan kalian, maka (hitunglah bilangannya)."

Hits: 466

Carian Hadith