Wajibnya berpuasa ramadan kerana melihat hilal dan berbuka kerana melihat hilal
Matan Hadith
وحَدَّثَنِي حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ الْبَاهِلِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا سَلَمَةُ وَهُوَ ابْنُ عَلْقَمَةَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ فَإِذَا رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ
Terjemahan
(MUSLIM - 1798): Dan Humaid bin Mas'adah Al Bahili telah menceritakan kepadaku Bisyr Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Salamah telah menceritakan kepada kami -ia adalah Ibnu Alqamah- daripada Nafi' daripada Abdullah bin Umar RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bilangan bulan itu adalah dua puluh sembilan hari, dan jika kamu semua telah melihat Hilal, maka berpuasalah, dan bila kamu semua melihatnya (terbit) kembali, maka berbukalah. Namun, jika hilal itu tertutup daripada pandangan kalian, maka hitunglah (bilangan harinya)."