Wajibnya berpuasa ramadan kerana melihat hilal dan berbuka kerana melihat hilal

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sahih Muslim

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

 

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَضَرَبَ بِيَدَيْهِ فَقَالَ الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا ثُمَّ عَقَدَ إِبْهَامَهُ فِي الثَّالِثَةِ فَصُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ ثَلَاثِينَ و حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا ثَلَاثِينَ نَحْوَ حَدِيثِ أَبِي أُسَامَةَ و حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَمَضَانَ فَقَالَ الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا وَقَالَ فَاقْدِرُوا لَهُ وَلَمْ يَقُلْ ثَلَاثِينَ

Terjemahan

(MUSLIM - 1796): Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu Usamah telah menceritakan kepada kami Ubaidullah telah menceritakan kepada kami dari Nafi' daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW menyebut bulan Ramadhan dan beliau menepuk kedua tangannya seraya bersabda: "Hitungan bulan itu begini, begini dan begini (beliau melekungkan ibu jarinya pada kali ketiga). Kerana itu, berpuasalah kamu semua setelah melihat (hilal), dan berbukalah pada waktu kamu melihatnya (terbit kembali). Dan jika bulan tertutup daripada pandanganmu, maka hitunglah menjadi tiga puluh hari." Dan Ibnu Numair telah menceritakan kepada kami bapakku telah menceritakan kepada kami Telah menceritakan kepada kami Ubaidullah dengan isnad ini dan Ibnu 'Abbas RA menyebutkan; "Dan apabila (hilal itu) tidak nampak atas kamu semua(terhalang mendung), maka sempurnakanlah menjadi tiga puluh hari." Iaitu sebagaimana hadithnya Abu Usamah. Dan Ubaidullah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id telah menceritakan kepada kami daripada Ubaidullah dengan isnad ini. Dan berkata; Rasulullah SAW menyebutkan bulan Ramadhan seraya bersabda: "Kiraan bulan itu adalah dua puluh sembilan. Kiraan bulan itu adalah begini, begini dan begini." Dan ia juga menyebutkan: "Sempurnakanlah." Dan tidak menyebutkan: "Tiga puluh."

Hits: 521

Carian Hadith