Yang disunnahkan untuk berbuka

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ بْنِ عَلِيٍّ الْمُقَدَّمِيُّ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ تَمْرًا فَلْيُفْطِرْ عَلَيْهِ وَمَنْ لَا فَلْيُفْطِرْ عَلَى مَاءٍ فَإِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَنَسٍ لَا نَعْلَمُ أَحَدًا رَوَاهُ عَنْ شُعْبَةَ مِثْلَ هَذَا غَيْرَ سَعِيدِ بْنِ عَامِرٍ وَهُوَ حَدِيثٌ غَيْرُ مَحْفُوظٍ وَلَا نَعْلَمُ لَهُ أَصْلًا مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ وَقَدْ رَوَى أَصْحَابُ شُعْبَةَ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ عَنْ الرَّبَابِ عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ سَعِيدِ بْنِ عَامِرٍ وَهَكَذَا رَوَوْا عَنْ شُعُبَةَ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ عَنْ سَلْمَانَ وَلَمْ يُذْكَرْ فِيهِ شُعْبَةُ عَنْ الرَّبَابِ وَالصَّحِيحُ مَا رَوَاهُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَابْنُ عُيَيْنَةَ وَغَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ عَاصِمٍ الْأَحَوَلِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ عَنْ الرَّبَابِ عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ وَابْنُ عَوْنٍ يَقُولُ عَنْ أُمِّ الرَّائِحِ بِنْتِ صُلَيْعٍ عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ وَالرَّبَابُ هِيَ أُمُّ الرَّائِحِ

Terjemahan

(TIRMIDZI - 630): Muhammad bin Umar bin Ali Al Muqaddami telah menceritakan kepada kami Sa'id bin 'Amir telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami daripada 'Abdul 'Aziz bin Shuhaib daripada Anas bin Malik dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendapatkan kurma, maka berbukalah dengannya, jika tidak mendapatnya maka berbukalah dengan air, kerana sesungguhnya air itu suci." (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat) daripada Salman bin 'Amir. Abu 'Isa berkata, kami tidak mengetahui seorang pun yang meriwayatkan hadith Anas daripada Syu'bah seperti hadith ini, kecuali Sa'id bin 'Amir. Namun hadith itu tidak mahfuzh dan tidak memiliki sumber utama daripada hadith 'Abdul 'Aziz bin Shuhaib daripada Anas. Para sahabat Syu'bah telah meriwayatkan hadith ini daripada Syu'bah daripada 'Ashim Al Ahwal daripada Hafshah binti Sirin daripada Ar Rabbab daripada Salman bin 'Amir daripada Nabi SAW. Riwayat ini lebih sahih daripada riwayatnya Sa'id bin 'Amir. Demikianlah mereka meriwayatkannya daripada Syu'bah daripada 'Ashim daripada Hafshah binti Sirin daripada Salman, tetapi didalamnya tidak disebut Syu'bah daripada Rabbab. Yang sahih ialah hadith yang diriwayatkan Sufyan At Thauri dan Ibnu 'Uyainah dan selain keduanya daripada 'Ashim Al Ahwal daripada Hafshah binti Sirin daripada Ar Rabbab daripada Salman bin 'Amir dan Ibnu 'Aun berkata, daripada 'Ummu Ar Ra'ih binti Shulai' daripada Salman bin 'Amir. Sedangkan Ar Rabbab adalah Ummu Ar Ra'ih.
Hits: 495

Carian Hadith