Berpuasa dikaitkan dengan persaksian (telah masuk bulan)

Hadith Sahih

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ أَبِي ثَوْرٍ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنِّي رَأَيْتُ الْهِلَالَ قَالَ أَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَتَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ قَالَ نَعَمْ قَالَ يَا بِلَالُ أَذِّنْ فِي النَّاسِ أَنْ يَصُومُوا غَدًا حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ الْجُعْفِيُّ عَنْ زَائِدَةَ عَنْ سِمَاكٍ نَحْوَهُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ فِيهِ اخْتِلَافٌ وَرَوَى سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَغَيْرُهُ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْسَلًا وَأَكْثَرُ أَصْحَابِ سِمَاكٍ رَوَوْا عَنْ سِمَاكٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْسَلًا وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ قَالُوا تُقْبَلُ شَهَادَةُ رَجُلٍ وَاحِدٍ فِي الصِّيَامِ وَبِهِ يَقُولُ ابْنُ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَأَهْلُ الْكُوفَةِ قَالَ إِسْحَقُ لَا يُصَامُ إِلَّا بِشَهَادَةِ رَجُلَيْنِ وَلَمْ يَخْتَلِفْ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الْإِفْطَارِ أَنَّهُ لَا يُقْبَلُ فِيهِ إِلَّا شَهَادَةُ رَجُلَيْنِ

Terjemahan

(TIRMIDZI - 627): Muhammad bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ash Shabah telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Abu Tsaur telah menceritakan kepada kami daripada Simak daripada 'Ikrimah daripada Ibnu Abbas dia berkata, seorang baduwi datang menemui Nabi SAW sambil berkata, sesungguhnya saya telah melihat hilal (Ramadhan), beliau bertanya: " Apakah kamu bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah?" Dia menjawab, Ia, Nabi SAW berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal, umumkan agar manusia mulai berpuasa esok." Abu Kuraib Telah menceritakan kepada kami telah menceritakan kepada kami Husain Al Ju'fi daripada Zaidah daripada Simak seperti hadith di atas dengan sanad yang sama. Abu 'Isa berkata, di dalam hadith Ibnu Abbas terdapat perselisihan, Sufyan At THauri dan yang lainnya meriwayatkan hadith ini daripada Simak daripada Ikrimah daripada Nabi SAW secara mursal. Sebahagian besar sahabat Simak meriwayatkannya daripada Simak daripada Ikrimah daripada Nabi SAW secara mursal dan hadith ini diamalkan oleh kebanyakan ulama, mereka berkata, diterimanya penyaksian seorang lelaki dalam awal puasa ini juga merupakan pendapatnya Ibnu Al Mubarak, Syafi'i dan Ahmad dan Penduduk Kufah. Ishaq berkata, Tidak diterima penyaksian orang untuk awal puasa akan tetapi harus dua orang. Para Ulama tidak berselisih pendapat mengenai akhir Ramadhan, bahawa tidak diterima (persaksian ru'yah hilal) kecuali disaksikan oleh dua orang laki-laki.

Hits: 519

Carian Hadith