Keutamaan Puasa Sunat Asyura

Hadith Sahih

Perawi : Abu Qatadah al-Anshari RA

Koleksi : Sunan Ibnu Majah

Kitab :Kitab Puasa - كِتَاب الصِّيَام

Bab :Puasa Hari Asyura

No. Hadith : 1738

Status : Sahih

Matan Hadith


حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ أَنْبَأَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ حَدَّثَنَا غَيْلَانُ بْنُ جَرِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

التخريج: سنن ابن ماجه، كِتَابُ الصِّيَامِ،  بابٌ صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، حديث رقم 1738، وقال الأرنؤوط: إسناده صحبح.

Terjemahan

Ahmad bin ‘Abdah berkata, telah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid berkata, telah menceritakan kepada kami, Ghailan bin Jarir telah menceritakan kepada kami dariada Abdullah bin Ma'bad Az-Zimani, daripada Abu Qatadah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Aku berharap kepada Allah bahawa puasa pada hari Asyura dapat menghapus dosa setahun yang lalu. " (Riwayat Ibn Majah, no. 1738)


Pengajaran

  1. Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan-bulan lain. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia.
  2. Puasa pada bulan Muharram adalah seafdhal puasa selepas berpuasa pada bulan Ramadhan kerana Muharram merupakan awal tahun Hijriah maka sangat digalakkan dibuka dengan amalan puasa yang merupakan amalan paling utama. Imam al-Qurthubi mengatakan: “Puasa Muharram menjadi puasa yang paling utama kerana Muharram merupakan awal tahun baru, maka pembukaannya adalah dengan puasa yang merupakan amal paling afdhal (utama).” Di akhir hayat Rasullah SAW suka membezakan ibadah umat Islam agar menyalahi dengan ibadah kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja dan disunatkan kepada umat Islam untuk berpuasa sehari sebelumnya iaitu pada 9 Muharram atau sehari selepasnya iaitu pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan puasa golongan Yahudi. al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari (hal. 245-246) mengatakan: "Maka tingkatan puasa Asyura itu ada tiga: Pertama, puasa hari Asyura saja. Kedua, puasa Asyura disertai puasa Tasu’a. Ketiga, puasa Asyura disertai puasa Tasu’a dan puasa 11 Muharram.”
  3. Oleh itu, perbanyakanlah amalan di bulan Muharram ini dengan amalan puasa terutamanya pada hari asyura kerana puasa pada hari tersebut sahaja dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.

 

Sumber rujukan:

 

  1. Kitab Sahih Muslim
  2. Kitab Sunan Ibn Majah
  3. Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi
  4. Kitab Fathul Bari
Hits: 1974

Carian Hadith