Nabi ﷺ Mendoakan Pembayar Zakat

Hadith Sahih

Perawi : Abdullah bin Abi Aufa RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :KItab Zakat - كِتَابٌ الزَّكَاةُ

Bab :Selawat (Memohon rahmat) Imam dan doanya kepada pembayar zakat

No. Hadith : 1497

Status : Sahih

Matan Hadith

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ، قَالَ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلَانٍ، فَأَتَاهُ أَبِي بِصَدَقَتِهِ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى.

-أخرجه البخاري في صحيحه، كِتَابٌ الزَّكَاةُ، بَابُ صَلَاةِ الْإِمَامِ وَدُعَائِهِ لِصَاحِبِ الصَّدَقَةِ، حديث رقم 1497.

Terjemahan

Daripada 'Abdullah bin Abu Awfa RA, beliau berkata, adalah Nabi     ﷺ  apabila suatu kaum datang kepadanya dengan membawa zakat mereka, Baginda ﷺ  akan mendoakannya:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلَانٍ

(Ya Allah berilah selawat (keampunan) kepada keluarga fulan (yang mengeluarkan zakat). Maka apabila ayahku menemui Baginda ﷺ dengan membawa zakatnya, maka Baginda ﷺ pun mendoakanya:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى

(Ya Allah, berilah selawat (keampunan) kepada keluarga Abu Awfa).”

(Riwayat al-Bukhari, Kitab az-Zakah, Bab Sholati al-Imami Wa Duáíhi LiShohibi ash-Shodaqati, no. 1497)


Pengajaran

1.Asal perkataan ‘الصَّلاَةُ’ (selawat) adalah bermaksud doa.

2.Imam Ibn Hajar al-’Asqolani mengatakan bahawa selawat Nabi ﷺ ke atas umatnya adalah mendoakannya dengan keampunan, manakala selawat umatnya ke atas Baginda ﷺ akan menambahkan lagi kedudukan Baginda ﷺ di sisi Allah SWT. Oleh itu disunatkan kepada ‘amil zakat mendoakan kepada pembayar zakat dengan doa tersebut.

3.Dalam kitab al-Muhazzab  (1/310) pula menaqalkan bahawa Imam asy-Syafi’i mengatakan bahawa disunatkan mendoakan kepada pembayar zakat dengan:

 آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُوْرًا

(Semoga Allah memberikan ganjaran pahala di atas apa yang kamu berikan, memberkati harta yang masih ada pada kamu dan menjadikannya bagi kamu suci daripada dosa).

 

Sumber rujukan:

  1. Kitab Sahih al-Bukhari
  2. Kitab Fathu al-Bary
  3. Kitab al-Muhazzab
Hits: 2706

Carian Hadith