Keutamaan bulan ramadhan

Hadith Sahih

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :38. كِتَاب الحَوَالاَتِ - Pemindahan hak

Bab :Puasa

No. Hadith : 0

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ وَالْمُحَارِبِيُّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَقَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ الَّذِي رَوَاهُ أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِثْلَ رِوَايَةِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَيَّاشٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ أَبِي بَكْرٍ قَالَ وَسَأَلْتُ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَعِيلَ عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ فَقَالَ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُجَاهِدٍ قَوْلَهُ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ قَالَ مُحَمَّدٌ وَهَذَا أَصَحُّ عِنْدِي مِنْ حَدِيثِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَيَّاشٍ

Terjemahan

(TIRMIDZI - 619): Hannad telah menceritakan kepada kami 'Abdah dan Al Muharibi telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Amru daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala daripada Allah Ta'ala nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang solat pada malam lailatul qadar nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu (dosa kecil) ". Ini merupakan hadith sahih. Abu 'Isa berkata, hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin 'Ayyasy merupakan hadith gharib, kami tidak mengetahuhi seperti riwayat Abu Bakar bin 'Ayyasy daripada A'masy daripada Abu Shalih daripada Abu Hurairah kecuali daripada riwayatnya Abu Bakar. Dia (perawi) berkata, saya bertanya kepada Muhammad bin Isma'il tentang hadith ini, dia menjawab, telah menceritakan kepada kami Hasan bin Rabi' telah menceritakan kepada kami Al Ahwash daripada A'masy daripada Mujahid mengenai sabdanya: "Pada malam pertama di bulan Ramadhan..." lalu dia menuturkan hadith di atas. Muhammad berkata, riwayat ini menurutku lebih sahih daripada riwayat Abu Bakr bin 'Ayyasy.

Hits: 1674

Carian Hadith