Bersalaman Hapus Dosa

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Keizinan dan Adab - كتاب الاستئذان والآداب

Bab :Apa yang datang daripada bersalaman

No. Hadith : 2727

Status :

Matan Hadith

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا.

وقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

]سنن الترمذي , كتاب الاستئذان والآداب , باب ما جاء في المصافحة , حديث رقم2727 , عن البراء رضي الله عنه[

Terjemahan

Daripada al-Barra` bin Azib RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim yang bertemu kemudian saling bersalaman, kecuali dosa keduanya akan diampuni sebelum berpisah.” Abu ‘Isa berkata hadith ini hasan gharib (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 2727, Abu Dawud, No. 5212, Ibn Majah, No. 3703, Ahmad, No. 17813, 17950)


Pengajaran

1. Islam adalah agama yang sempurna, mengatur seluruh aspek kehidupan manusia. Dasarnya adalah aqidah yang benar, binaannya adalah amalan kebaikan dan hiasannya adalah akhlak yang mulia. Antara akhlak yang mulia ialah amalan bersalaman ketika berjumpa sesama Muslim. Sunnah bersalaman ialah dengan menggenggam tapak tangan kanannya ke atas tapak tangan kanan saudaranya sambil senyum memandang kepada wajahnya.

 

2. Bersalaman adalah amalan yang disyariatkan dan adab mulia para sahabat RA ketika mereka berjumpa. Antara amalan lain yang disunatkan semasa bersalaman seperti yang disebut dalam beberapa buah hadith adalah :

i-  Memuji Allah SWT (اَلْحَمْدُ لِلَّهِ) (HR. Abu Dawud : 5211)

ii- Mengucapkan istighfar (يَغْفِرَ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ) (HR. Abu Dawud : 5211)

iii-Mendoakan (اللّهُمَّ آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) (HR. Ibnu Sunniy)

iv-Berselawat kepada Nabi SAW (HR. al-Haithami dalam Majma’: 17987)

 
3. Bersalaman mempunyai fadhilat yang besar seperti dapat meredakan permusuhan dan kedengkian, memperteguhkan kasih sayang, mengeratkan tali silaturahim sesama Muslim, mendapat rahmat daripada Allah SWT serta menggugurkan dosa sebagaimana gugurnya daun-daun kering di musim kemarau.
 
Sumber Rujukan :
 

1-Kitab Jami’ at-Tarmizi

2-Kitab Sunan Abu Dawud

3-Kitan Sunan Ibn Majah

4-Kitab Musnad Ahmad

5-Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri

6-Kitab Majma’ al-Zawaid wal Manba’u al-Fawaid Li al-Haithami

Hits: 2797

Carian Hadith