Tokoh Sahabat
Abu Zar RA |
---|
Zon: Kurun 1 Kelahiran Abu Zar RA merupakan seorang sahabat yang masyhur. Nama sebenarnya Jundab bin Janaah bin Sufyan bin Ubaid bin Haram bin Ghafar bin Malal bin Damrah bin Bakar bin Abdul Manaf bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin lyas bin Madar bin Nazar bin Ma'ad bin Adnan sebagaimana pendapat al-Tabarani. Ini adalah pendapat yang paling sahih Ada mengatakan Burair atau Barir dan nama ayahnya terdapat kekhilafan dikalangan ulama' ada yang menyatakan nama ayahnya ialah Jundab atau Asyraqah, atau Abdullah atau al-Sakn. Telah memeluk Islam pada awal lagi, tetapi lewat berhijrah ke Madinah justeru tidak menghadiri perang Badar. Beliau mempunyai biografi ringkas yang banyak antaranya kata beliau, aku dapati diriku yang keempat memeluk Islam dan tiada yang memeluk Islam sebelumku kecuali Nabi SAW, Abu Bakar dan Bilal mengikut riwayat al-Tabarani. Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud, maksudnya: Siapa yang suka melihat kepada orang hampir serupa dengan Isa binti Maryam, akhlak dan fizikal maka lihatlah kepada Abu Zar. Meninggal pada pemerintahan Saidina Uthman di al-Rabzah pada tahun 32 Hijrah. |