Tokoh Sahabat

Miqdad RA
Zon: Kurun 1
Kelahiran

Miqdad Ibn Aswad dilahirkan pada 37 tahun sebelum hijrah, lebih dikenali dengan nama Ibn Aswad al-Kindi al-Bahrani al-Abu Umar, seorang sahabat yang handal berperang, salah seorang daripada tujuh sahabat yang mula -mula menzahirkan Islam, beliau antara yang mula-mula berperang dengan menggunakan kuda pada jalan Allah. Dikatakan pada zaman Jahiliyah beliau menetap di Hadramaut.

Menyertai peperangan Badar dan lainnya, dan menetap di Madinah dan meninggal di Madinah pada tahun 33 Hijrah, meriwayatkan sebanyak 48 hadith.
>