Tokoh Sahabat

Ali bin Abi Talib RA
Zon: Kurun 1
Kelahiran

Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hisyam bin Abd, Qurasyi al Hashimi di gelar dengan Abu al Hasan. Lahir di kota mekah sebelum kebangkitan Rasulullah sebagai Rasul sepuluh tahun mengikut pendapat yang sahih beliau telah di pelihara oleh Rasulullah SAW.

Beliau merupakan sepupu Nabi SAW dan juga menantunya. Antara orang yang pertama beriman ketika berusia 10 tahun. Mempunyai sejarah Biografi ringkas yang menarik sehingga kata Imam Ahmad tidak dinaqalkan bagi seseorang daripada sahabat sebagaimana dinaqalkan berkenaan dengan Ali. Beliau tidak pernah berpisah dengan Rasulullah dan sentiasa bersamanya dalam semua peperangan kecuali peperangan tabuk kerana beliau dilantik menjadi pengganti Rasulullah SAW di Madinah.

Rasulullah SAW mempersaudara dengannnya sendiri. Salah seorang yang dijamin masuk syurga dan menjadi ahli syura yang dilantik oleh Umar a-Khattab. Beliau sentiasa menyebarkan ilmu dan berfatwa. Menjawat jawatan khalifah selama lebih kurang 5 tahun selepas Uthman bin Affan. Mati syahid dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam pada malam 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah ketika berusia 63 tahun.
>