Tokoh Sahabat

Hakim bin Hizam RA
Zon: Kurun 1
Kelahiran

Namanya ialah Hakim bin Hizam bin Khuwailib bin Asad bin Abd al- ‘Uzza bin Qusay dan ibunya bernama Sufiah, dikatakan juga Faqitah dan juga dikatakan sebagai Zainab binti Zuhair bin al-Harith bin Asad bin Abd al-‘Uzza dikuniyah dengan Abu Khalid. Hadisnya terdapat dalam Sunan Sittah. Telah meriwayatkan daripada anaknya Urwah, Musa bin Talhah, Sa’id bin al-Musayyib, Abdullah bin al-Harith, Hasan dan lain-lain. Beliau berkata: Aku dilahirkan sebelum peristiwa gajah 13 tahun dan tahun ketika Abdul Mutalib hendak menyembelih anaknya Abdullah.

Ayah Hakim telah dibunuh dalam peperangan al-Fijar. Mengikut riwayat az-Zubair bin Bakar, Hakim dilahirkan didalam kaabah. Beliau masuk salah seorang pemimpin Quraisy dan rakan Nabi sebelum diutuskan tetapi memeluk Islam pada tahun pembukaan Kota Mekah.

Menyertai peperangan Hunain Rasulullah SAW mengurniakan padanya 100 ekor unta. Kemudian Islamnya makin elok dan teguh padanya. Menyertai peperangan Badar bersama orang Quraisy.

Beliau terkenal dengan berbuat baik dan menyambung silahtu al-Rahim serta terkenal dengan kepakaran nasab Quraisy begitu juga segala sejarah mengenainya. Meninggal pada tahun 50 Hijrah atau 54 Hijrah atau 8 Hijrah atau 60 Hijrah. Beliau dikatakan hidup selama 120 tahun. Separuh daripada usianya zaman jahiliyah dan separuhnya zaman Islam. Urwah berkata: beliau meningeal selepas 10 tahun Muawiyah menjadi khalifah.
>