Tokoh Sahabat

Asma' binti Abu Bakar RA
Zon: Kurun 1
Kelahiran

Asma binti Abi Bakar al-siddiq ibunya bernama Qutlah atau Qatilah binti Abd al-’Uzza al-Qursyiyyah daripada Bani Amir bin Lu’i. Beliau telah memeluk Islam sejak berada di kota Mekah lagi. Ibnu Ishaq berkata: Beliau memeluk Islam selepas 17 orang. Al-Zubair RA telah mengahwininya. Beliau berhijrah dalam keadaan hamil dan melahirkan anaknya Abdullah ketika di Quba. Beliau hidup sehingga anaknya mejadi khalifah dan terbunuh dimana beliau meninggal selepas itu. Beliau digelar sebagai Zata al- Nitaqain (yang mempunyai dua tali pinggang). Abu Amir berkata: Rasulullah SAW menamakannya kerana beliau menyediakan untuk Rasulullah SAW barang makanan tatkala hijrah. Kisah tersebut masyhur di dalam sahih Muslim.

Beliau meriwayatkan daripada Nabi SAW beberapa hadith sama ada diriwayatkan dalam dua sahih dan al-Sunan. Antara yang diriwayatkan daripadaya ialah anaknya Abdullah bin Urwah. Begitu juga cucunya termasuk ‘Ibad bin Hamzah. Fatimah binti al-Munzir. Abdullah bin Urwah, Ibad bin Abdullah dan Mawlanya Abdullah bin Kaisan. Begitu juga Wahab bin Kaisan, Ibn Abi Malikah. Sufiah bini Syaibah, Ibn Abbas dan lain-lain.
>