Tokoh Sahabat

Abu Bakarah RA
Zon: Kurun 1
Kelahiran

Abu Bakarah namanya yang sebenar ialah Nafiq bin al-Harith bin Kaldah bin Amru . Dikatakan ibunya bernama Sammiah, juga ibu kepada al-Harith bin Kaldah dan Ziyad bin Abih. Beliau digelar Abu Bakarah kerana beliau diantara yang melindungi Nabi SAW dan beliau enggan dinisbahkan kepada sesiapa. Beliau pernah di benteng Ta’if ketika Rasulullah SAW mengepungnya bersama jemaah di kalangan pemuda ahli Ta’if dan memeluk Islam. Kemudian Rasulullah SAW memerdekannya. Beliau telah meriwayatkan 132 buah hadis dan adalah di antara kalangan ornag-orang solihin. Ibn Abd al-Bir berkata: Beliau sama seperti al-Nadhar bin Ubadah.

Meninggal di kota Basrah pada tahun 51 atau 52 H. Anak-anaknya memegang jawatan yang besar di Basrah dan mempunyai ilmu. Beliau masyhur dengan kunniyahnya.
>