Senarai Terbitan
Isra'iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-kitab Tafsir |
---|
Jenis: Buku Pautan: http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Israiliyyat_dan_Hadith_Palsu_dalam_Kitab_Tafsir.pdf Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Tahun Terbitan: 2006 Pengarang: DR. MUHAMMAD BIN MUHAMMAD ABU SYAHBAH PRAKATA Al-Qur’an dan hadith merupakan sumber rujukan utama umat Islam. Dalam memahami al-Qur’an muncul pelbagai kitab tafsir menurut ilmu dan arus pemikiran pengarang. Dalam hal ini terdapat pelbagai corak penafsiran sama ada Tafsir bil-Ma’thur atau Tafsir bir-Ra’yi. Dalam mentafsirkan al-Qur’an terdapat sebahagian pengarang memasukkan berita-berita Isra’iliyyat dan hadith-hadith palsu (maudhu’at) sebagai menyokong tafsiran mereka. Melihat pentingnya ilmu ini diketahui dan dikongsi bersama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja-kerja terjemahan ke dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, buku yang ditulis oleh Dr. Muhammad bin Abu Syahbah ini diterjemah dan diterbitkan demi kepentingan agama Islam. Selain kerja-kerja terjemahan, penterjemah turut melakukan olahan dan susunan semula ke dalam bahasa Melayu menurut pemahaman penterjemah. Semoga lahirnya buku ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada semua umat Islam dalam memelihara kesucian ajaran Islam dan perkembangannya. Sesungguhnya tidak ada yang sempurna selain Allah SWT, begitu juga dalam penyusunan buku ini. Sebarang cetusan idea dan pandangan amatlah dialualukan demi kesucian dan kemurnian ajaran Islam. Akhir kata, semoga buku ini dapat memberi pengetahuan yang berguna ke arah melahirkan insan yang berkualiti di dunia dan di |